BAHAN-BAHAN RUJUKAN

KOLEKSI SYARAHAN SIDDIQ FADZIL

Koleksi Almarhum Ustaz Dato' Dr Siddiq Fadzil

Read more

KOLEKSI BUKU SIDDIQ FADZIL

Koleksi buku Almarhum Ustaz Siddiq Fadzil yang dijual oleh Institut Darul Ehsan (IDE).

Read more

PUISI-PUISI SIDDIQ FADZIL

Koleksi puisi yang dibaca serta nukilan Almarhum Ustaz Siddiq Fadzil oleh Jejak Tarbiah.

Read more

"Islam Dan Melayu"

“Di gelanggang adu kekuatan fizikal aturan mainnya adalah singkir menyingkir. Untuk layak dinobatkan sebagai juara seorang pesilat harus menyingkirkan kesemua saingannya. Tetapi di gelanggang keilmuan aturan mainnya berbeza, tidak ada singkir menyingkir, yang berlaku adalah adab saling hormat, saling menghargai dan saling memerlukan. Kaum ilmuwan tampil dengan kekuatan dan kelemahan yang berbeza beza. Setiap orang mempunyai khalayaknya sendiri. Dunia persuratan adalah medan kesalingan bukan gelanggang persaingan.”

DR SIDDIQ FADZIL, 2014

Proses tarbiyyah itu sejak awal lagi diberi penekanan luar biasa oleh gerakan kita. Ini kerana sebelum itu sistem pendidikan kita dirosakkan oleh sistem sekular dan ini memerlukan pendidikan semula – re-educating. Keperluan mendidik diri kita semula kerana selama menjalani proses pendidikan diri yang ada sejak awal hingga akhir masih “ada yang tak kena”. Pendidikan agama pun tidak terkecuali kerana “ada yang tak kena”. Ada yang tidak ditampung dalam sistem itu, maka kita menggubal sistem dan silibus to reeducate ourselves.

Back To Top